my imam my everything

my imam my everything
lead me to jannah love

Wednesday, March 22, 2017

entry ni untuk kau weh.

hai weh. ye kau lah, aku doh gtau dah kang entry ni untuk mung., hehe Walaupun kita jauh, tak contact tp doa aku sentiasa untuk kau. Arini aku buat khas entry ni untuk kau. untuk kau duduk sekejap . berfikir merenung apa yang kau nak. so take a deep breath , fahami betul betul ape yang aku nk share dekat kau nih. Di saat
mengejar keperluan kehendak dan desakan hidup  . Allah beri apa yang kau mahu bila tiba saat nya.

Kita semua manusia . mudah lupa alpa lalai dengan dia. Asyik dengan dunia sampai lupa tanggungjawab kita sebagai  hamba yang sebenarnya. Kan allah s.w,t tu Maha pemurah. tp kita lupa untuk meminta. Untuk mengadu dengan dia. Minggu lepas aku terbaca satu cerita yang kena foward kat whatsapp ni..... dalam seharian ni. Pekerjaan kita yang utama adalah solat. sementara kerja kerja lain nih yang kau buat 8 to 5 or 6pm to 2 am tu sebenanya sampingan je yang kau buat sementara nk isi kekosongan masa nk tunggu waktu solat. Masa aku baca tu sentap kejap weh. Kan best kalau kita ni boleh rasa eksited nk jumpa DIA  nk mengadu dengan dia . tak lama pun. tp kerap jumpa. Sedangkan allah sentiasa menunggu kita nk mendengar keluhan kita,

Aku pun lemah weh. Ada masa aku rasa tak sempat. Hujung2 waktu baru aku solat. Ada satu hari dalam aku tertidur lepas zohor. dah makan kenyang baik punye , Aku set alarm nk solat 3,30 . kt brunei ni asar 3,42 . tp kau bygkan 3,15 aku terjaga . aku tertidur. lg 2 minit, aku terjaga lg 3,17 aku asyik risau terlepas waktu zohor. tp kau bayangkan aku leh tertidur lg pastuh sampai 3.45.mmg terlepas jugak zohor aku.,
Dalam mimpi tu aku mimpi bersambung2 walaupun dlm dua minit tu. Situasinya aku atas katil tu jugak. tp datang satu lelaki tak kenal jerkah depan muka aku macm ni ,

"KAU NI,,,SEBENARNYE KALAU KAU NK SOLAT, KAU BOLEH JE SOLAT SEKRG,TP KAU TU TANAK SEBENARNYE. TU KAU LAMBAT2 BIA TERLEPAS WAKTU PUAS LAH HATI KAU KAN. "  and then aku rasa cm kepala aku cm kena tujal 3 kali betul2 padahal aku leh rasa time tu aku mimpi. SEDAR2 lepas tuh 5.45pm baru aku bangun solat asar.


blur kejap aku kena marah dlm mimpi cm tuh. Aku rasa tersentak. Malu dengan Allah. Malu dengan diri aku sendiri. Mungkin Allah nk bg peringatan kat aku kot. Mulai hari tuh. Aku cuba tanak lewat2kan solat. Rasa panjang je waktu tu bila kau solat awal waktu. tp hari ni mimpi aku ni bukan highlight nye . Aku nk share dengan kau pasal ilmu yang aku dapat masa pergi seminar Funnel Evo arituh.

Alaa business seminar yang aku g kt kl arituh. Kau tau la . semua yang hadir masa tu ada business masing2. Semua fikir money sales...marketing income. tp dalam banyak2 slot tu. sebelum kami break asar tak sangka Tuan Fahdi Ghazali ada satu slot yang buat kami terdiam seketika. Bermuhasabah diri dengan semua nikmat yang allah bg.

Ok . Mula2 tu dia suruh kami salin ayat ni.

REZEKI TAK LAMBAT TAK CEPAT. 
REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT. 
BUAT APA ALAH SUKA, ALLAH BG APA KITA SUKA . 
SUSAH SUSAHKAN DIRI TINGGALKAN APA ALLAH BENCI NESCAYA MUDAH2 SAHAJA ALLAH KABULKAN HAJAT DI HATI.

n then tetibe tuh dia kuarkan note seringgit. dia kata siapa kat sini yang nak  tukarkan duit ringgit ni dengan sepuluh sen ,

so time tu ada dua orang kakak ni yang naik pentas , tp kakak pertama tu yang dpat. yg kedua tu cm frust la. dia turun balik.

pastu tuan fahdi bawak keluar note 10 ringgit plak. sama juga dia offer sape yg nk tukarkan duit tuh dengan sepuluh sen. so time ni akak yang frust td cecepat naik pentas dpat lah dia tukar 10 hengget tu.

kali ketiga tua fahdi buat lg benda yang sama . kalai ni note 50 hengget. Dapat lah pulak kat akak yang ketiga, tp dia free hair. tp dia duduk seat belakang2 sikit. masa memula tu yelah semua orang fikir. alaa yang duduk depan je lah boleh. yg belakang ni mana nk dpt.kau bayang kan satu dewan tuh time tuh penuh 800 peserta.


time ni baru lah tuan fahdi buka mulut tnya semua yg dpat duit tadi . apa kebaikan or amalan yng diorg dah buat sampai allah pilih diaorg dpat rezeki hari ni.

kakak yang pertama tu . dia kata . mungkin lah sebab dia selalu sedekah dekat masjid berape2 je yng dia ada dlm poket, tanpa tgk pun berapa nilai yang dia ada. Tuan Fahdi ulas allah da janji setiap satu kebaikan yang kita buat allah bayar lebih 10 kali dari tu. so akak ni ada 9 ringgit lagi allah boleh bayar. hehehe then apa salah nya kalau kita mengomel macm ni setiap kali kita buat sumthin" allah...janji tau ..byar balik bergande2 yg saya sedekah ni'.. sambil senyum mengomel ckp sensorang. yakin dengan rezeki allah. insyallah lapang pale hotak kita ni.

kakak yg kedua tu dia ckp hari ni dia dpt solat awal waktu. selalu uruskan anak pe semua. selalu lewat. alhamdulilah hari ni  , time seminar tu jadual pack. dia plan nk solat on time. tak sangka allah bayar cash. bayang kan weh . sebenarnye akak tu sipi sipi lagi rezeki dia nk dapat seringgit je. tp allah frust kan dia kali pertama . rupa rupanya allah nk bg 10 ringgit kat dia. sebak masa tuh jagn ckp lah. semua sayu je berfikir. akak tu pun cm nangis la. ahh dem . time tu aku betul2 berfikir. rezki tak lambat . tak cepat weh. on time.

kakak yang ketiga dia mmg tgh susah. dia jaga mak dia sakit dah lama . duit bnyk habis beli ubat. tp dia kata kat mak dia . takpe mak. adik redha. adik boleh jaga mak. tak sangka hari ni allah bg dia 50 ringgit dri 10 sen yang dia ada, dia kata mmg dia free hair. tp dia cuba berubah perlahan. doakan dia.
pun sebak jugak time tu weh. ahh menangis aku. time aku tgk ramai yang kesat air mata. termasuk lah aku .kakak sebelah aku. suami aku. heh. SEE.,allah bg rezeki dia tak sangka2. Dan rezeki tu tak salah alamat. Mmg dari awal lagi. duit 50 yg kat tuan fahdi tuh untuk akak tu allah dah tentukan, wlaupun dalm beg duit tuan fahdi.


Sebab tu bila kau tergerak hati nk sedekah kau yakin dengan ganjaran yang allah nk ganti. Klau kau tak kaya raya pun. Allah lindung kau dri kena rompak. eksiden. allah bg kau berlapang dada. bahagia.

well as my part , aku kenang2 balik semua rezki yang allah bg. semua kesedihan yang aku lalui. dah banyak yang aku tempuh. Dan alhamdulilah aku  semakin matang . semakin aku boleh berdikari . bg aku rezki yang paling aku tak sangka tak lambat tak cepat. bila allah anugerahkan suami untuk aku. Jauh pulak tuh. Kt brunei ni haa. kau bygkan lau aku tak dtg kerja interview sini. tak susah payah kerja as perantau kt sini. Bila la agaknya jodoh aku tuh nk sampai. hehe. As for abang. Allah lebih tahu yg terbaik untuk dia. Walaupun di usia 36 baru dia dapat beristeri . Akulahkan. tp allah buka hati aku untuk terima seadanya dia kerana allah. Allah gantikan kesedihan aku masa tu pasal mak aku ada jodoh lg which is aku dah redha sangat sekrg ni ada orng yang sayang jaga mak aku baik2.n aku pun ada org jaga org sayng.  see rezeki tak salah alamat. Tak penah terpikir pun aku nk kawen grand2 kat convention centre, kat brunei plak tuh. dulu kahwen pk yg bajet2 je. kalau boleh kenduri kat masjid lepas nikah. air mineral nasi lemak bungkus je, heheheheheeheh


Lepas ni aku nk kau pulak fikir. ape rezeki yang allah dah bg kat kau. yang kau tak sangka2 ., tk salah alamat. tak lambat , tak cepat. well. aku selalu apply benda ni bila org tanya aku dah mengandung ke belum. Aku yakin pada rezeki allah.



same goes for u. Fuad. jgn bersedih. jgn stress, Jaga hubungan kau dengan allah. Aku yakin allah jaga kau.,


hhehe by the way lepas bincang dengan abg anas semalm. abg anas suggest suruh kau ikut seminar funnel evo seterusnya,  walau pun kau tak de business lg abg yakin kau boleh gain sumthin kat situ lg2 kau celik it, kt situ semua online marketing ada, n yng aku boleh terpk business untuk kau is jual domain name . or jd website developer. kau create website org cantik2. kitorg kena suruh buat website sendiri, advertisement blog sendiri. macam2 lah. aku rasa kalau lepas habis practical ni kau taktau buat apa better kau join sminr ni. tak mahal sgt pun dalam rm35 seornang. kalau kau awal. kalau lambat 90rm. better kau g follow fb tuan fahdi. fbpage:Fahdi Ghazali kau google je la. website pun ada. utube pun ada. insyallah bermanfaat untuk kau. tak payah dah kau meniaga siang ke malm.


so aku doakan  semoga entry ni bermanfaat untuk kau. aku. semua orng. Assalamualaikum . babai.









No comments:

Post a Comment