my imam my everything

my imam my everything
lead me to jannah love

Monday, December 17, 2018

AAA haha org msia tak reti order Sate.

"Semua nya $43 ". dalam hati aku. weh mahai giler. kalau duit malaysia rm120 tau dak. aku order 10 ayam, 10 daging,10 urat,10 kulit nasi impit $3. 

"kak, secucuk berapa $1 ke. "tanya aku dengan muka habis bingung dah tu sambil bawa keluar note $100brunei.. aku bajet dinner ni $10je. dah la sebelum tu dah kena sound dah. " Err bukan nasi impit dik, ketupat daun" sambil tersenyum dengar loghat malaysia aku. hello. aku penah duk kajang tau . selama ni makan ngan sate same je panggil ape pun kalau dah nasi petak kena himpit tu. and and mak aku ajar abah aku nye style dulu lau makan sate order by cucuk lah. makan 6 orng 30 ayam 20 daging 20 kambing. haa cam tuh. 


"dik order 10 cucuk ke? bukan 10 ringgit? laaaa mesti orang bakar tu buat 10 ringgit punya cucuk ni." maksudnya 160 cucuk lah dah bakar nih. peluh mula memercik kat dahi aku. terdengar bunyi azan magrib dari masjid tempat aku nikah dua tahun lepas. Adoi anissss macamana lah boleh silap order ni. Ni semua abg lah ni. dia pakai baju buruk tanak turun kereta order. Aku yang order salah la pulek. doi camne ni. dah la muka mamat yang bakar tu cm marah2 . hempas pen. cakap tak pandang aku pandang sate je. ke dia marah sebb aku order banyk? ke awek dia tak contct dia ?ke dia ada personal problem kt kampung dia.. 

" err kak  boleh tolong cakap dengan abg tu saya salah order.. minta maaaf kak... cara saya order lain kalau kat malaysia. " ... 

"lain kali kalau nk order dik pakai ringgit ya. semua nya $13 ".. terang akak tu sambil tersenyum sinis lepas dia explain kat abng luar tu. semua pekerja tu indonesian hokeh. sama je macam aku ni orng malaysia bukan orng brunei. 

" dik bukan orang brunei ?''.. 

"tak kak, saya orng Pulau Pinang, " 

" oo Malaysia..." 



Adui  malunye aku weh. Asal bende ni kena jadi kat aku hari ni. Tu lah nak sangat makan sate kan. hmmm berpeluh aku tggu sementara sate nak siap tu, dengan penuh rasa bersalah nya sebb aku tgk sate ayam dengan sate daging yang dia da siap masak bnyak dia longgok letak tepi. banyak giler weh. dalam hati aku doa harap2 mlm ni ramai yang order sate dan kasi habis lah yg da siap masak tu. ya allah.. bantulahh... 


"minta maaf ya dik.",.. aku pandang mata budak tuh. 

" eh nda papa ka ... okay tu" sambil  ternyum. fuh lega aku lepas dia senyum tu. Benda ni mmg aku cerita kat abg masuk je kete. Dia pulak mmg da pesan awal2 jangan order bnyak sgt yang karang tak habis. 


" i mmg dah plan dah kalau terpakse beli $43 tuh bawa g rumah lambak je lah kenduri sate. "

"kalau abg , abg tak yang. Abg whatsapp orng 'siapa nk beli sateeeeeeee' jual mur mur " hahahahaha sambil dia gelak kat aku sepanjang jalan. haa boleh la pasni u cerita lah kat blog ... aaa org malaysia tak reti order sate"...


cinabeng dia gelak kat aku. hahahahahahahahahahahaha 
sate oh sate. hah nk sgt mkan kan. ha amik. k byeeeeee


Bila duduk sendiri rasa cm baru kawen . haha panjang title aku.

First time masa datang melawat tgk rumah ni to be honest.Aku cakap  ngan abg ..ermm tanaklah. Takutnya i kena duduk sorang2 tepi hutan pulak tuh..gelapnya... seremmm tak. Dengan bushes besar sepanjang jalan.Dan aku pun jalani hidup mcm biasa  dan setahun pun berlalu. Masih mencari rumah2 style lain. Is not even our house. rumah yg kerajaan bg sebb abg keje MINDEF. 



ONE YEAR pun berlalu. 14 mac 2018. 
Rumah tu masih kosong. 

One day. this is it, Allah takdirkan n mudahkan "haa boleh, petg ni pun dah boleh pindah." so petg tu askar2 bersihkan semak samun n semua pokok yg tak perlu depan rumah. turns out sangat cerah bersih tenang. Tak takut dah weh. asal lah tak pindah awal lagi lau tak setahun dah susuk situ. hahaha 

Rumah ni kecil je. setingkat je. 3 bilik tidur 2 toilet. ruang tamu kecil ruang tamu besar ada dapur. Takde perabot, kosong sekosongnya. ( jiran sebelah minta maaf sebb ambil gov furniture dlm rumah ni sebb diorng mohon lambt sangat nk dapat so since one year tak de orng duduk diorng ambil lah ). But is okay. asal dapat di diami dah la kan. Not so bad what, tepi surau mengadap laut.. 
cumenyeee......


dah macam2 binatang aku jumpa since duduk sini. Biawak. Normal , monyet dah macm pelawat asrama hujung minggu , kdang kalau diorng happy ada juga diorng buat happy dance atas bumbung tu,lagi2 ada pokok kendondong belakang rumah. meriahla diorng cicah sambal hitam rojak petang2.haha yang halal burung hutan. hado  yang tak halal babi hutan pun hado, bukan jenis kaler soft2 pink pastel tu tau. tapi kaler hitam . Last time jumpa 4 beranak , pastu ada dengar2 dua askar dah tembak. ada dua lagi lah cter dia.n yang paling banyak aku jumpa cicak hutan tapi dalam rumah weh. since rumah ni pintu kayu dia sliding berjimba lah dia keluar masuk sebb tu pintu tuh cm renggang lah, anytime ape2 pun boleh sneek in oh my nauzzubillah minta jauh. aku panggil dia si cik ni kan . dah macam2 jadi da. kadang tu sampai aku menangis takut sangat nak masak takut, nak mandi takut. Kau ingat aku leh fokus lau aku tau dia ada kat situ. Pernah satu hari aku call abg nangis2 bang camne i nk masak.... i nampak ekor dia bawah tambak dapur weh. Tapi tak masak ...karang lapar lunch karang abang nak makan apa.... aku kacau tomyam aku takut2 weh sambil tuh jeling2 la kut2 dia nak rasa tomyam aku ke an. eeeeee gelinya. segala jenis saiz bapa mak jiran anak cucu dia aku dah jumpa. si cik tu lain tau bentuk dia. badan dia belang2 , bunyi kuat giler. tp mostly yang aku tau kat mana abang lah hero aku dia akan cari sampai dapat dah mati tunjuk buti kat aku. dan aku pun tersenyum kembali. 

boleh ke satu hari tu .. masa dekat pasar aku baru nak masuk kereta dia boleh melintas antara pintu . Aku dah la pakai kain. kuat giler aku jerit semua orng pandang. apekehal lah minah ni. pastu abg block jalan , nak taknak aku kena masuk ignore bende tuh.aku tau dia still ada kat tepi celah pintu tu...sepanjang jalan aku pegang kain aku kuat2 kaki aku dah naik atas aku menangis macm orng gila. abang kata jgn nangis lah yang buruk muka you . dia gelakkan aku sampai kedai nk beli kotak untuk rolls. besar gile weh , kaler hitam. Asal weh dlm bnyak2 tempat mesti kat kereta. abg jatuhkan dia pakai payung tp aku cm helehhh yeke jatuh tu wehhhhh . Aku ckap kat abg lau aku tgh drive ada benda nih kat cermin aku dah accident dah ni. macam tu lah aku takut giler dengan benda tu. aku fobia. Masa zman sekolah ada kawan aku dia pakai tudung hitam tp aku pelik asal tudung dia cm ada benjol atas kepala dia, aku tnya lah weh amende tu. pegang2 lembik lak, dah satu hal dia tarik tudung dia dan terjatuh lah si cik tu atas lantai. dia duduk dlam lipatan tudung weh,, ya allah gelinya. sejak tu. aku mmg tk minat lah .


weh asal jauh sangat aku melalut nih. haha . Ada kandang kuda askar tau kt dlm kem ni. tepi laut. mmg cntik tempat dia. masa sepupu aku dtg ngn family anak2 dia pun aku bwa jalan sana. rezki pulak otw nak pegi tu dua biawak melintas. monyet ada. flamingo ada. haha senang keje aku tak yah bawak g zoo weh. haha. Lama kelamaan aku dah boleh biasakan diri ngan rumah ni. perlahan perlahan aku ngan abg try lengkapkan rumah ni. Doakan kami semoga semuanya di permudahkan.  okaylah setakat tu je lah cerita petang ni sambil layan kopi vietnam husna bagi dengan biskut kawen mizah. i just believe setiap yang berlaku ada hikmahnya. insyallah if dah helok sikit nanti rumah ni boleh lah ajak ain n the siblings datang lepak2 main game kt sini enn.. takpun chill dengan izzah n dee sambil makan vietnamese roll ke. en ?haha (since diorng baru bace blog nih) haha  tak lah boring sangat. ye lah belum ada baby lagi. tak busy pun hidup ni. hah jangan tanya aku tanak baby ke ? kalau boleh petg ni jugak aku nk beranak. haha k korang. till next post. mood berahi nk menaip dtg tetibe layan je lah kan.nah gmbar masa baru2 duduk umah ni. 
bilik tetamu atau bilik abang lepak2 main fon. me time lah konon haha



hahaha simple giler en. meja mkan ke nih? haha tak official lah

bilik tidur pun gmbar simple2 je lah dah helok nanti blog baru lah 

tgah pk2 ruang tamu  ni nak kaler camner. minggu ni asyik buka impiana ikea acah2 sangat tau. haha k bubyeeee

Sunday, December 16, 2018

Vietnameseroll.brunei -anis signature

haa tengok tajuk pun tau kan. a year after masuk jkb aku kembali kembang dengan jaya nya. JULY 2018 , aku nekad nak aktifkan diri dengan zumba balik. Plus dekat sikit ngan rumah. dari 109kg suppp naik 125kg masa balik raya tahun ni. Pastuh dah in love dengan zumba aku masuk boddy fitness challenge the lowest dapat turunkan 116.9kg... okaylah dalam 8.1 kg lost.. pastu aku sibuk belayar kenduri mizah kahwen di putrajaya. so aku rest lah zumba sampai end of year. Next year aku start balik lah zumba. Kadang to boring jugak... rutin sama je kan. Well aku ada macm macam nak cerita. So many things happen this full one year aku tak update blog ni. Ups and down. suka dan duka. banyak sgt.

Macam mana badan aku gemuk kecik gemok balik kecik sikit pastu gemok balik macam tuh jugak dengan perasaan aku.

october 2017

anis dengan vietnameserolls nye.Aku start buat kueh berniaga kecil kecilan. Plus dah pegi ilmu marketing online sayang juga tak gunakan kan? Mula nya aku terliur sangat tgk kwan aku buat rolls nak beli jauh kat malaysia nun. Last last aku try wat sendiri cari barang sendiri. Abg try buat sos dia. n its was a success for me. Makin lama makin ramai followers dan pembeli kueh si mak cik anis ni. Tak kurang dapat pujian. But i had to admit its not easy. Masa tu pun selain amah ada abang yang bantu. Kadang dari awal subuh aku dah start prepare kul 5 6 petg baru lah siap habis orng pick up kat rumah lambak. ive got so many ideas dari one box 4 pcs $5.00 sampai lah one party set 54 pcs $35.00. Kadang tu sales pernah sehari $150- $300. tak menang tangan. kesian abang sampai kadang tak larat nak masak. tak sempat pun nak layan abg, sebab bila malm aku dah lepenatan n esok nya aku kena bngun awal untuk repeat the same rutin.

Masa ni tidur aku dah tak menentu,Diet abg pun. so acap kali abang sakit masuk emergency aku terpaksa batalkan order. And pernah satu hari tu abg tahan sakit smpai customer pick up rolls dia baru kami bergegas ke emergency. aku sedikit down sebab kadang tu bahan banyak dah beli tp abg taksehat. aku nak jaga dia kt hospital, tpi tempahan sampai $200 dah fully book. So bia je lah sayur2 tu rosakbuang je. Plus nak jaga hati dan mata orng yang memerhati . Aku yang makan hati. So perniagaan aku on off. Lama aku stop, aku rindu aku buka kejap dan abang bertahan wad lagi.. Sampai lah.. aku pindah rumah . Dari Lambak kami pindah ke Berakas Kem. Duduk dalam kem tentera rumah semi D. Alhamdulillah allah mudahkan.

ape jadi kat bisnes rolls aku? Aku technically stop. Abg kata rehat je lah. sebb bila penat buat rolls aku kurang ada masa ngan abang. pastu bile penat asyik nk melenting, gado je lah kejenya. Ingat kahwen ni hari2 indah je ke. haha Tipu tu semua lakonan. so bila dah tak buat rolls, hidup makin tenang. so abang izinkan aku berzumba. Plus sehat sikit badan nih. currently followers aku dekat vietnameserolls ig dah 2756 followers. Hari tu aku bawa rolls pergi dinner tempat zumba masih menyengat hokeh. Nah aku belanje korang gambar rolls ea.

ni lepas 88 hari aku zumba. end of bfc recently

ni masa aku mula2 buat bisness jual sepeket2 jer

ni waktu malam raya dekat penang bg mama n famliy semua rasa. aida makan non stop 

hari2 zumba mesti ambil gambar dengan my bruneians cuzen. Ain. 
Gmbar party set ada kat ig jelah. yang ni time aku buat makan kat dinner bfc

i menang kat hati abang je.



alhamdulilah. Insyallahh lepas nih aku nk cerita pasal rumah pulak lah., haha , K assalamualaikum semuaa bubyeeee