my imam my everything

my imam my everything
lead me to jannah love

Monday, December 17, 2018

AAA haha org msia tak reti order Sate.

"Semua nya $43 ". dalam hati aku. weh mahai giler. kalau duit malaysia rm120 tau dak. aku order 10 ayam, 10 daging,10 urat,10 kulit nasi impit $3. 

"kak, secucuk berapa $1 ke. "tanya aku dengan muka habis bingung dah tu sambil bawa keluar note $100brunei.. aku bajet dinner ni $10je. dah la sebelum tu dah kena sound dah. " Err bukan nasi impit dik, ketupat daun" sambil tersenyum dengar loghat malaysia aku. hello. aku penah duk kajang tau . selama ni makan ngan sate same je panggil ape pun kalau dah nasi petak kena himpit tu. and and mak aku ajar abah aku nye style dulu lau makan sate order by cucuk lah. makan 6 orng 30 ayam 20 daging 20 kambing. haa cam tuh. 


"dik order 10 cucuk ke? bukan 10 ringgit? laaaa mesti orang bakar tu buat 10 ringgit punya cucuk ni." maksudnya 160 cucuk lah dah bakar nih. peluh mula memercik kat dahi aku. terdengar bunyi azan magrib dari masjid tempat aku nikah dua tahun lepas. Adoi anissss macamana lah boleh silap order ni. Ni semua abg lah ni. dia pakai baju buruk tanak turun kereta order. Aku yang order salah la pulek. doi camne ni. dah la muka mamat yang bakar tu cm marah2 . hempas pen. cakap tak pandang aku pandang sate je. ke dia marah sebb aku order banyk? ke awek dia tak contct dia ?ke dia ada personal problem kt kampung dia.. 

" err kak  boleh tolong cakap dengan abg tu saya salah order.. minta maaaf kak... cara saya order lain kalau kat malaysia. " ... 

"lain kali kalau nk order dik pakai ringgit ya. semua nya $13 ".. terang akak tu sambil tersenyum sinis lepas dia explain kat abng luar tu. semua pekerja tu indonesian hokeh. sama je macam aku ni orng malaysia bukan orng brunei. 

" dik bukan orang brunei ?''.. 

"tak kak, saya orng Pulau Pinang, " 

" oo Malaysia..." 



Adui  malunye aku weh. Asal bende ni kena jadi kat aku hari ni. Tu lah nak sangat makan sate kan. hmmm berpeluh aku tggu sementara sate nak siap tu, dengan penuh rasa bersalah nya sebb aku tgk sate ayam dengan sate daging yang dia da siap masak bnyak dia longgok letak tepi. banyak giler weh. dalam hati aku doa harap2 mlm ni ramai yang order sate dan kasi habis lah yg da siap masak tu. ya allah.. bantulahh... 


"minta maaf ya dik.",.. aku pandang mata budak tuh. 

" eh nda papa ka ... okay tu" sambil  ternyum. fuh lega aku lepas dia senyum tu. Benda ni mmg aku cerita kat abg masuk je kete. Dia pulak mmg da pesan awal2 jangan order bnyak sgt yang karang tak habis. 


" i mmg dah plan dah kalau terpakse beli $43 tuh bawa g rumah lambak je lah kenduri sate. "

"kalau abg , abg tak yang. Abg whatsapp orng 'siapa nk beli sateeeeeeee' jual mur mur " hahahahaha sambil dia gelak kat aku sepanjang jalan. haa boleh la pasni u cerita lah kat blog ... aaa org malaysia tak reti order sate"...


cinabeng dia gelak kat aku. hahahahahahahahahahahaha 
sate oh sate. hah nk sgt mkan kan. ha amik. k byeeeeee


Bila duduk sendiri rasa cm baru kawen . haha panjang title aku.

First time masa datang melawat tgk rumah ni to be honest.Aku cakap  ngan abg ..ermm tanaklah. Takutnya i kena duduk sorang2 tepi hutan pulak tuh..gelapnya... seremmm tak. Dengan bushes besar sepanjang jalan.Dan aku pun jalani hidup mcm biasa  dan setahun pun berlalu. Masih mencari rumah2 style lain. Is not even our house. rumah yg kerajaan bg sebb abg keje MINDEF. 



ONE YEAR pun berlalu. 14 mac 2018. 
Rumah tu masih kosong. 

One day. this is it, Allah takdirkan n mudahkan "haa boleh, petg ni pun dah boleh pindah." so petg tu askar2 bersihkan semak samun n semua pokok yg tak perlu depan rumah. turns out sangat cerah bersih tenang. Tak takut dah weh. asal lah tak pindah awal lagi lau tak setahun dah susuk situ. hahaha 

Rumah ni kecil je. setingkat je. 3 bilik tidur 2 toilet. ruang tamu kecil ruang tamu besar ada dapur. Takde perabot, kosong sekosongnya. ( jiran sebelah minta maaf sebb ambil gov furniture dlm rumah ni sebb diorng mohon lambt sangat nk dapat so since one year tak de orng duduk diorng ambil lah ). But is okay. asal dapat di diami dah la kan. Not so bad what, tepi surau mengadap laut.. 
cumenyeee......


dah macam2 binatang aku jumpa since duduk sini. Biawak. Normal , monyet dah macm pelawat asrama hujung minggu , kdang kalau diorng happy ada juga diorng buat happy dance atas bumbung tu,lagi2 ada pokok kendondong belakang rumah. meriahla diorng cicah sambal hitam rojak petang2.haha yang halal burung hutan. hado  yang tak halal babi hutan pun hado, bukan jenis kaler soft2 pink pastel tu tau. tapi kaler hitam . Last time jumpa 4 beranak , pastu ada dengar2 dua askar dah tembak. ada dua lagi lah cter dia.n yang paling banyak aku jumpa cicak hutan tapi dalam rumah weh. since rumah ni pintu kayu dia sliding berjimba lah dia keluar masuk sebb tu pintu tuh cm renggang lah, anytime ape2 pun boleh sneek in oh my nauzzubillah minta jauh. aku panggil dia si cik ni kan . dah macam2 jadi da. kadang tu sampai aku menangis takut sangat nak masak takut, nak mandi takut. Kau ingat aku leh fokus lau aku tau dia ada kat situ. Pernah satu hari aku call abg nangis2 bang camne i nk masak.... i nampak ekor dia bawah tambak dapur weh. Tapi tak masak ...karang lapar lunch karang abang nak makan apa.... aku kacau tomyam aku takut2 weh sambil tuh jeling2 la kut2 dia nak rasa tomyam aku ke an. eeeeee gelinya. segala jenis saiz bapa mak jiran anak cucu dia aku dah jumpa. si cik tu lain tau bentuk dia. badan dia belang2 , bunyi kuat giler. tp mostly yang aku tau kat mana abang lah hero aku dia akan cari sampai dapat dah mati tunjuk buti kat aku. dan aku pun tersenyum kembali. 

boleh ke satu hari tu .. masa dekat pasar aku baru nak masuk kereta dia boleh melintas antara pintu . Aku dah la pakai kain. kuat giler aku jerit semua orng pandang. apekehal lah minah ni. pastu abg block jalan , nak taknak aku kena masuk ignore bende tuh.aku tau dia still ada kat tepi celah pintu tu...sepanjang jalan aku pegang kain aku kuat2 kaki aku dah naik atas aku menangis macm orng gila. abang kata jgn nangis lah yang buruk muka you . dia gelakkan aku sampai kedai nk beli kotak untuk rolls. besar gile weh , kaler hitam. Asal weh dlm bnyak2 tempat mesti kat kereta. abg jatuhkan dia pakai payung tp aku cm helehhh yeke jatuh tu wehhhhh . Aku ckap kat abg lau aku tgh drive ada benda nih kat cermin aku dah accident dah ni. macam tu lah aku takut giler dengan benda tu. aku fobia. Masa zman sekolah ada kawan aku dia pakai tudung hitam tp aku pelik asal tudung dia cm ada benjol atas kepala dia, aku tnya lah weh amende tu. pegang2 lembik lak, dah satu hal dia tarik tudung dia dan terjatuh lah si cik tu atas lantai. dia duduk dlam lipatan tudung weh,, ya allah gelinya. sejak tu. aku mmg tk minat lah .


weh asal jauh sangat aku melalut nih. haha . Ada kandang kuda askar tau kt dlm kem ni. tepi laut. mmg cntik tempat dia. masa sepupu aku dtg ngn family anak2 dia pun aku bwa jalan sana. rezki pulak otw nak pegi tu dua biawak melintas. monyet ada. flamingo ada. haha senang keje aku tak yah bawak g zoo weh. haha. Lama kelamaan aku dah boleh biasakan diri ngan rumah ni. perlahan perlahan aku ngan abg try lengkapkan rumah ni. Doakan kami semoga semuanya di permudahkan.  okaylah setakat tu je lah cerita petang ni sambil layan kopi vietnam husna bagi dengan biskut kawen mizah. i just believe setiap yang berlaku ada hikmahnya. insyallah if dah helok sikit nanti rumah ni boleh lah ajak ain n the siblings datang lepak2 main game kt sini enn.. takpun chill dengan izzah n dee sambil makan vietnamese roll ke. en ?haha (since diorng baru bace blog nih) haha  tak lah boring sangat. ye lah belum ada baby lagi. tak busy pun hidup ni. hah jangan tanya aku tanak baby ke ? kalau boleh petg ni jugak aku nk beranak. haha k korang. till next post. mood berahi nk menaip dtg tetibe layan je lah kan.nah gmbar masa baru2 duduk umah ni. 
bilik tetamu atau bilik abang lepak2 main fon. me time lah konon haha



hahaha simple giler en. meja mkan ke nih? haha tak official lah

bilik tidur pun gmbar simple2 je lah dah helok nanti blog baru lah 

tgah pk2 ruang tamu  ni nak kaler camner. minggu ni asyik buka impiana ikea acah2 sangat tau. haha k bubyeeee

Sunday, December 16, 2018

Vietnameseroll.brunei -anis signature

haa tengok tajuk pun tau kan. a year after masuk jkb aku kembali kembang dengan jaya nya. JULY 2018 , aku nekad nak aktifkan diri dengan zumba balik. Plus dekat sikit ngan rumah. dari 109kg suppp naik 125kg masa balik raya tahun ni. Pastuh dah in love dengan zumba aku masuk boddy fitness challenge the lowest dapat turunkan 116.9kg... okaylah dalam 8.1 kg lost.. pastu aku sibuk belayar kenduri mizah kahwen di putrajaya. so aku rest lah zumba sampai end of year. Next year aku start balik lah zumba. Kadang to boring jugak... rutin sama je kan. Well aku ada macm macam nak cerita. So many things happen this full one year aku tak update blog ni. Ups and down. suka dan duka. banyak sgt.

Macam mana badan aku gemuk kecik gemok balik kecik sikit pastu gemok balik macam tuh jugak dengan perasaan aku.

october 2017

anis dengan vietnameserolls nye.Aku start buat kueh berniaga kecil kecilan. Plus dah pegi ilmu marketing online sayang juga tak gunakan kan? Mula nya aku terliur sangat tgk kwan aku buat rolls nak beli jauh kat malaysia nun. Last last aku try wat sendiri cari barang sendiri. Abg try buat sos dia. n its was a success for me. Makin lama makin ramai followers dan pembeli kueh si mak cik anis ni. Tak kurang dapat pujian. But i had to admit its not easy. Masa tu pun selain amah ada abang yang bantu. Kadang dari awal subuh aku dah start prepare kul 5 6 petg baru lah siap habis orng pick up kat rumah lambak. ive got so many ideas dari one box 4 pcs $5.00 sampai lah one party set 54 pcs $35.00. Kadang tu sales pernah sehari $150- $300. tak menang tangan. kesian abang sampai kadang tak larat nak masak. tak sempat pun nak layan abg, sebab bila malm aku dah lepenatan n esok nya aku kena bngun awal untuk repeat the same rutin.

Masa ni tidur aku dah tak menentu,Diet abg pun. so acap kali abang sakit masuk emergency aku terpaksa batalkan order. And pernah satu hari tu abg tahan sakit smpai customer pick up rolls dia baru kami bergegas ke emergency. aku sedikit down sebab kadang tu bahan banyak dah beli tp abg taksehat. aku nak jaga dia kt hospital, tpi tempahan sampai $200 dah fully book. So bia je lah sayur2 tu rosakbuang je. Plus nak jaga hati dan mata orng yang memerhati . Aku yang makan hati. So perniagaan aku on off. Lama aku stop, aku rindu aku buka kejap dan abang bertahan wad lagi.. Sampai lah.. aku pindah rumah . Dari Lambak kami pindah ke Berakas Kem. Duduk dalam kem tentera rumah semi D. Alhamdulillah allah mudahkan.

ape jadi kat bisnes rolls aku? Aku technically stop. Abg kata rehat je lah. sebb bila penat buat rolls aku kurang ada masa ngan abang. pastu bile penat asyik nk melenting, gado je lah kejenya. Ingat kahwen ni hari2 indah je ke. haha Tipu tu semua lakonan. so bila dah tak buat rolls, hidup makin tenang. so abang izinkan aku berzumba. Plus sehat sikit badan nih. currently followers aku dekat vietnameserolls ig dah 2756 followers. Hari tu aku bawa rolls pergi dinner tempat zumba masih menyengat hokeh. Nah aku belanje korang gambar rolls ea.

ni lepas 88 hari aku zumba. end of bfc recently

ni masa aku mula2 buat bisness jual sepeket2 jer

ni waktu malam raya dekat penang bg mama n famliy semua rasa. aida makan non stop 

hari2 zumba mesti ambil gambar dengan my bruneians cuzen. Ain. 
Gmbar party set ada kat ig jelah. yang ni time aku buat makan kat dinner bfc

i menang kat hati abang je.



alhamdulilah. Insyallahh lepas nih aku nk cerita pasal rumah pulak lah., haha , K assalamualaikum semuaa bubyeeee






Sunday, March 26, 2017

Dr. Pakistan di Pusat Kesihatan Kementerian Pertahanan Brunei


Pagi tuh abg demam. Dalam last 2 week.abg suruh ikut teman dia pegi. tp kali ni tak pergi hospital biasa. pergi klinik tempat keje abg je. tak tahu pulak , Aku tggu dlm kereta je pun. ni pertama kali abg nk dptkan rawatan kat sana. Selalu abg ajk hospital je. Lagi pun free je kan. why not sini je. so Dr pakistan tuh sgt lah concern on sakit abang.. dari cerita demam biasa sampai lah blood group n meal plan.selepas beberapa hari dr call suruh datang nk review result darah.

Kali ni abg ajak aku masuk sekali lah. Alang2 doc nk cerita aku boleh take note. tersangat lah humble orang nye oi. dan religious . Nampak kalimah alhamdulilah. masyaallah ni sentiasa bermain dalam kata2 dia. dia sgt lah happy dpt jumpa aku isteri abang. Kata nya dia segan dengan abg yg berstatus ustaz yg lebih bnyak agama darpd dia. oh ye lupa nk mention. Dr Pakistan perempuan.

So boleh bayang tak wajah dia cantik putih2. macam yang aku selalu nampak kat penang pakai jubah hitam kat batu feringgi jalan pegang tgn laki dia . tp yang ni doc baju askar . pangkat pegawai . tak de purdah. Haa macam tuh lah lebih kurang.

hebat penerangan pasal darah abg. find out yang cholestrol, sugar level kidney abg sangat lah baik. everything is perfect on that part. n since abg tak merokok. doc puji darah bersih. jantung bersih. n dia boleh agak yang kami jaga makan eat healthy food lah org kampung kata. dia tanya jugak kami ada amik supplement ape2 ke. sebab jarang orang badan macm abg ni result cantik cenggini . Kami  just tunjuk inredient Sakan Jabeen . n dia kata bagus, sebb semua natural . teruskan je consume.





cume nya. haemoglobin dalam darah tuh je tak cukup. yang nk transport oxygenke otak tuh.  n one of reason kenapa abg mudah lupa. seb baik dia tk lupa aku. haha. abg ckp patut la dia selalu lupa. kena remind bnyk kali kalau nk minta abg belikan apa2. n dia guess antara penyebabnya mungkin cacing dlam perut yg makan darah2 tu . tu tak cukup . so dia prescribe abg satu ubat cacing yg paling komen pun kau amik once a year. 1 sudu je pun insyallah ok.dia kata benda ni common . semua org ada n patut sedar pasal syrup untuk cacing dlm perut nih. boleh jadi kita mkan kat kedai ayam tak masak ke. cacing dalam sayur2 mentah. haa cm tu lah.   d samping tu abg kena ambil apple once a day untuk tambah iron lah nk tambah blood cell kan. n dia galak kan makan buah tinniwatzaitun tu yang fresh. sebb buah2 yg kena sebut dalam al quran ni selalu power. bukan aku yg ckp dia yang ckp. heh =)

dah tu masa dia bukak Qn A tuh. Aku tnye la dia. Lutut aku ni. sebelah kanan ni. sejak aku aktif dua 3 bulan lepas masuk jum kurus tu makin sakit plak dia. dulu selalu bunyi tp tak sakit. nih. dah tak bunyi tapi sakit especially waktu solat. part tahiyat tuh. nasib baik lah lutut kiri ni tak sakit tp bunyi. then doc kata its normal n dia paham , Pasal lutut aku dri dulu dah tampung berat badan yg overweight nih. pastu 2 3 bulan ni aku zumba lah. jumping kack lah burpees la. mount climb lah. hing knees, excercise tuh semua bagus cuma tak sesuai je dengan condition lutut aku nih,

n then terus dia boleh guess yang period aku bulan2 tak teratur. hmm mmg betul lah cerita dia. selalu period aku mesti lambat gile. kadang2 tu 47 hari.52 hari cycle dia kdang tak mai lansung. siot je. . orng normal 30 -35 hari je kan. cuma last month period aku makin imrove bila berat da kurang. 33 hari je cycle.

so ni part yang bestnya. Dia pesan period aku tak teratur pasal hormone imbalance. dia pesan aku kena tido awal . bangun awal. jgn banyak tido especially waktu subuh dengan asar. sebab waktu ni lah hormone kita tgh wat keje dia. mm mmg imbalance lah cerita dia. dari zaman diploma sampai degree dekat 6 years boleh kata aku study mlm. lepas subuh tido. sebb aku rasa tenang study pg2 especially exam week. bila balik rumah pun terbiasa dengan pattern tido tuh. selalu sebelum td lepas isyak aku tido. kul 12 bngun study. kadang layan running man. la. return of superman la. how i metur mother la. mana la nk balance hormon aku nih kan. so aku take note la. dia kata kurang kan fast food. coz fast food ni selalu kacau kidney kita wat keja. dia kata buan tinniwatzaitun tu pun elok untuk aku. but since aku ada kencing manis. dia pesan rendam dulu, mkn yang rendam tuh. sebiji je sehari . di samping tuh dia suruh bnyak kan vege minum air . buang semua minuman manis . mcm biasa la.


untuk lutut pulak , dia tak cakap banyak . dia suruh aku buat warm  milk sehari secawan campur dengan 1 teaspoon tumeric powder. serbuk kunyit tuh. dia kata stop makan semua supplement lutut. amalkan 10 hari hujung bulan ni dia nk jumpa lg. n minum susu tu before 12 tgh hari. cuz dia percaya energy2 kt bumi ni yang allah cipta. n yng paling jarang orng buat, doktor ni siap prescribe 4 zkir untuk aku amalkan everyday, Dia percaya ni semua pertolongan allah. serius la. kalau semua org datg rawat kat dia. bnyak pahala woi.
antara zikir dia

senang beli kecik2 sehari satu 


1) ya salam ya mu'min ya allah -100 kali/sehari
2) ya rahman ya rahim ya karim - 100
3) la ila hailla anta subha na kaiini kuntum muinaz zolimin -40
4) la hau la wa la kuawatailla billah -100

so dia percaya selawat ni boleh membantu pesakit2 dia. insyallah dan alhamdulilah perlahan2 aku amalkan lah petua dia tuh. cuma buah tin fresh tuh je abg tak jumpa lagi.

so setakat ni dah 5 hari aku amalkan susu kunyit tuh, makin lama aku solat dah kurang dah sakit lutut sebelah kiri ni. so aku rasa why not aku share petua ni kan. Apa salah nya kalau korang nk try petua ni. leh suggest kat parents korang , pak cik mak cik yg sakit lutut tu . so aku n abang looking foward nk jumpa dia lg jumaat ni 31 st march. Dia kata insyallah kalau period aku makin teratur lepas ni dia nk bantu smpai leh dapat baby. Allah seronok dengar . bersyukur sebab allah pertemukan kami dengan doctor Pakistan nih.

so ya. nanti kalau ada petua2 lain insyallah aku share lg. sorry tak de plak gmbar doc pakistan tuh dlm i fon ni. tak amik pun gambr dia. Semoga semua nya bermanfaat . Assalamualaikum. byeeee.

tu haa tulisan dia. siap tnya abg , lawa tak tulisan jawi dia ustaz? hehe=)






Friday, March 24, 2017

Siapa Gemuk Air angkat tangan!

Malam ni aku dpt idea nk share tips yang kevin zahri bg masa seminar dalam program jum kurus brunei arituh. It was fun. Hensem betul si kevin tu. haha dah lahh kelaut pulak karang.
 okay. Memula sekali. kau identify dulu kau ni gemuk air ke gemuk lemak. Berdiri depan cermin pastu cube try lompat. kalau kau nampak segala lemak kau bergelombang  macam ombak di lautan. haa gemuk air lah tuh. Air kan sifat dia bergelora macm tuh kan. tapi kalau kau lompat dia bergegar cam acah acah malu tu. gemuk lemak lah tuh. Kalau kau picit pun dia keras semacam. kau ingat kau fit, rupanya lemak tepu. 

Tips lose weight gemuk air. Aku lah tu.

1. Minum banyak air. 
konsep dia simple. air flush air. Keperluan air ni dinamik. cuz dia berubah. according to apebenda yng kau buat. tahap berpeluh macam mana, lagi banyak kau bersenam lg bnyak air kena minum. cuaca panas lg bnyak air. tp aku ambil mudah. kevin pesan kau minum la air smpai kau tgk urin kau jernih. banyak , lawas, puas kau kencing. Even though aja satu lg teknik setiap 25 kg berat kau badan kau perlu 1 liter air. so cam aku masa tuh 119kg , bahagi 25 dalam 4.76 liter sehari. dalam 3 ke 4 botol besar tu sehari , Macamana aku nk telan banyak air. selalunya sebelum minum aku bayangkan aku kat padang pasir panas giler. tuh je air yang ada. best jugak la dapat psycho otak time tu. cer korang try sekali sekala. hehe

2. kurangkan garam 
Lagi banyk kau makin garam. lagi bnyak badan kau simpan air. sebb badan kau takut kau tak cukup air nk balancekan 2 ratio tuh. . dia ingat kau dehydrate. sebb tu waktu bulan puasa laju je berat kau turun menjunam2. pasal badan kau tak makan garam banyak kan. so air pun badan kau tak simpan extra2. thats why berat kau susut. tp once kau enjoy raya kau makan masin2.. rendang kuah kacang pe semua, perasa bnyak tuh terus berganda berat kau . 

3. Excercise. 
ok. kalau di bagi pilihan antara jogging sejam  dan sauna sejam. Mana kau pilih. actually target kau bersenam bukan kire kat banyak mana peluh kau keluar. tp ikut heart rate kau . lagi tinggi heart rate kau naik, automatically jantung akan pump laju darah . kau akan termengah2 dan berpeluh. ,masa ni baru lemak2 kau terkejut macam kena renjatan. Ada tuh aku penah dengar dengar bila kau bersauna effective dia agak slow la compared kau naik trekmil or zumba. Thats why aku kalau g zumba aku suka pilih spot yang tak kena kipas. bio panas. samping tuh aku zumba la sungguh. pakai jam heart rate tu lah.hehe try la buat excercise yang variety kan heart rate kau . macam kejap laju kejap slow. gile cepat kcalorie burn. serius weh. tak tipu. 

4. Kurangkan gula. 
konsep sama mcm garam. setiap 1 gm gram body will need 2-3 ml water. Sama jugak bila sugar intake kau sikit, badan dah takkan simpan air dalam badan kau tuh. berat pun akan turun la bila dah tak banyak air yg di simpan dalam badan. Aku suggest kalau kau nk jugak consume or satisfy kemahuan kau tuh kau kongsi. makan cake buah kongsi. makan coklat kongsi. or ambil gula semula jadi. senang badan nk hadam. tp kalau kau amik gula tiruan cam equal ke kesian buah pinggang kau susah nk hadam. nk process gula tu. kalau dalam skala gula putih gula perang madu , stevia , or equal. yang paling baik ialah madu dengan stevia sebb dia natural.by the way kevin pesan make your journey happy. bila badan kau happy baru dia buat apa kau nak. makan aype kau nk tp kawal portion. 

5. banyak kan fiber/sayur
penah tak dengar berat kau lepas buang air besar tu la berat sebena kau. tp cm ne nk berak banyak2. cerita dia. mmg kau kena makan banyak buah sayur. Dari bentuk najis kau pun kau boleh tau yang kau ni sehat ke tak . Jangan pandang remeh on lawas. Seelok elok nya lawas lah 2 kali sehari. kalau boleh sayur tu pelbagaikan. lagi bnyak kaler sayur tu lagi bgus. tips mudah lawas. selain kau consume bnyak buah syur kau minum air bnyak try ambil minuman kultur macam yogurt yakult vitagen.. other choices kau boleh consume juice detox jus buah2an yang natural . Get some protein makan ayam ikan steam . N kalau tak nak yak jugak try buat senaman squat. Bowel movement pun boleh tolong melawaskan tau. macam abang dia consume sakan jabeen tu pun bantu dia melawaskan jugak.
Kalau lawaskan keluar berterabur , maksudnya badan kau kurangkan air n kurang fiber, tak cukup dua2. 
kalau lawas keluar macam pisang tua. dia seketul panjang tp lembut dan mudah keluar maksudnya cantik. badan kau cukup air cukup fiber. 
tapi kalau lawas kau keluar macam pisang muda. seketul panjang tp keras susah nk teran. mksudnya badan kau makan fiber cukup dah , air pulak tak cukup. 

6. ambil caffein. 
sebenarnya badan kita ni perlu jugak caffein. contoh nya kau boleh consume green tea, coffee. tp caffein ni tak sesuai untuk anak2 sebab dia membantutkan tumbesaran. untuk kita yang dah stop growing ni sesuailah kan. cerita dia. Caffein ni . bila kau minum. dia akan naik kan heart rate kau taw. tu yng kau tak mengantuk tuh, bila heart rate kau naik. maksudnya badan kau panas. jantung kau bekerja. kcalorie burn. tu yang sesuai ambil green tea , coffee or choclate before excercise sebb dia boleh boost energy kau untuk bersenam. 

7. ambil potassium. 
of course lah banana. Yang aku paham banana ni complete taw. makan dia sebiji. tak payah breakfast da pg. dah cukup dah. tp sorry lah time ni aku tk fokus lah salin nota, asyik tgk senyuman kevin zahri tu dia duk renyeh je. haha. tak delah aku bincng sikit dengan partner sebelah. so sorry la aku pun tak tau camana saintifikly banana helps kau reduce weight yg gemuk air ni, yang pasti sebelum kami excercise di sarankan untuk ambil choclate or banana as booster lah. 

so... ya. lose weight ni. dia long journey. Lagi susah lama usaha , Lagi lama dia maintain kalau kau kurus, tp senang turun,. senang lah naik kan. so my advice . enjoy je along the journey. Kadang2 tu aku lose track jugak tp korang doakan lah ya semoga istiqamah. since tips ni aku dah share kat blog nih. maksudnya. bila2 aku lupa. boleh la kita semua rujuk balik tips nih. back on track. jgan putus semangat. Aku lose pun takde lah bnyak sgt, dlm 9 kg je. tp aku yakin dengan ilmu nih, so apa salah nya kalau kita kongsi same2 kan =) #mohonkurus. bukan apa senang sikit nk beribadah kan kalau badan ringan . k lah kali ni entry muka serius je. hehe  senyum sikit. assalamualaikum. bai....



















Thursday, March 23, 2017

Macamana Allah atur jodoh aku.

Since aku dah duduk sini , ramai jugak lah yang lost contact. No malaysia da tukar no brunei. tak wat kenduri sana tuptup dah nikah sini...aku jemput eh..cume kesian jauh mahal nk terbang tak semua boleh hadir.. n mostly frequent question yang aku dapat macamana aku leh kenal suami aku ni. N mula la diorang wat drama sendiri. ohh laki kau beli ayam goreng eh kat sugar bun (tempat keje lame aku) tuh pastuh korang bercinta kat kaunter. haha macam2 la. terlanggar bahu kt supermarketlah. cinta internet lah. Nope. semua salah. 

so hari ni biarlah aku recordkan cerita kami di sini. semoga hubungan kami di rahmati allah. sayang hingga ke syurga pastu leh jumpa abah sana kan. hehe ;') . so everything happen masa nov 2015. masa tu aku dah kerja sini dalam 5 bulan lah. Serius lah duduk as perantau kat sini is not easy. Mmg kau dapat gaji happy. tp masa dengan family kau takde. orng lain kenduri saudara cousim aku kwen berapa ramai aku tak pergi... emosi kau. duduk hostel sorang2 . n kau ada boyfren tp kau bercinte jarak jauh yang tak tau kesudahan. By the way that time. relationshit aku dengan ex makin teruk coz aku tanya dia whats next. ye lah. aku dah abis diploma. dah habis degree, dah boleh bayar ptptn . nk tggu ape lagi. nk tggu aku mereput kt brunei ni? ehehe 3 hari aku bg masa fikir. tak de jawapan. diam. masa tu pulak bgai menanti sesuatu yang tak kunjung tiba. aku nekad move on. thats it. cukuplah main2 nih. 

dalam dua hari lepas tuh. mama telefon aku. oh masa tuh mama miss J lagi. hehe eh bukan J la. B . balu. mama waaa anis. baru keje sana dah ada orang brunei tanye2. Whattt... seriusly. rupanya dalam group whatsapp keluarga arwah abah, pak uda aku ni ada ckp ada orang brunei nk kenal ngan anis. semua orng dah setuju, tinggal anis je fikir. apehal ni woi. Siap pak uda promote. orang ni bujang, kerja pegawai ugama tahfiz umuq 30 konon. hehehe ada gambar plak tuh. habis semua sepupu pak cik mak cik aku dlm group tu eksited...waaaa anisss... apelagi... masalah nya,. aku takde dalam group tuh wehhh. Kalau kau tak ke cuak .. orang suruh2 macam tuh. 

by the way lupa nk cerita. 1 bulan sebelum tuh. aku mimpi kena patuk ular hitam. gemok pulak tuh! haha aku bg tau mama dalam mimpi tu aku nampak banyak ular bergantung kat pokok. ada ular tu tido. ada ular tgk je. Masa tu ada ex boyfren aku tp dia cuma tolong lepas kan satu ular yang lilit tangan aku. tp lepas lalu bawah satu pokok  ni. ular gemok tu gigit belakang leher aku. terjaga lah aku alarm subuh. Masa tuh aku cerita kat staff indonesia aku. dia kata tak lama ada orang nk minang tuh. aku ingat ex aku tu lah , tu lah aku provok dia whats next. Rupanya . mamat brunei yang nk minang. ahahhahhaaha well aku tak delah percaya sangat mimpi2 ni. kebetulan je. ape yang terjadi tu seiring dengan ape orang ckap. 

Nak di jadikan cerita. Pak uda whatsapp aku. kenalkan pegawai ugama tu kat aku. dia suruh aku kenal2 dulu. mana tau ada jodoh. aku just minta fb je lah. nk tgk dulu dia yang mana. 

jap jap. sebelum tuh aku nk cerita mimpi istikharah aku. Masa sebelum aku kenal dengan ex aku tu. aku ada 3 pilihan masa tu yang baru nk approach lah. ye lah orang dah sem akhir degree mmg hot sikit kan. so aku gugel n follow step macamana nk wat solat istikharah. yelah masa tuh alam gedik nk ke alam dewasa ni semua solat nk cube lagi2 bab jodoh ni. haha. dlm mimpi tuh ketiga2 pilihan aku takde pun muncul dalam mimpi aku. yang ada . sorang lelaki gemuk. putih , aku tak kenal pun lelaki tuh, pakai kopiah. tgh makan dekat somewhere macam kenduri kawen lah koz nampak khemah2. aku pandang dia. dia pandang aku. tak senyum tak apa. tp pandangan tuh deep. yang aku perasan kening dia unik. so tak jadi lah aku dengan 3 3 pilihan tuh.ingatkan  jadi dengan ex tuh. tp rupanya bukan jugak. 

ok sambung balik. Pak uda pun  bg lah aku gambar pegawai ugama brunei tuh . Ya allah,. sama wei. dia tgh mkan kat kenduri. senyum. pakai kupiah putih. baju kuning .kat kenduri kawen khemah hijau muda. gila. terkejot aku. masa tuh aku ingat2 lupa eh macam pernah nampak lah. kening dia. unik. wooooooo. 

so aku pun pk banyak kali nak approach ke idok. dlm gmbar tu tak tahu dia pale botak. hahaha . Masa tu aku pk macam2. Lagi satu. aku cm tak yakin. yeke tak pak uda ni, mamat tu tak approach aku pun. msg tak whatsapp tak. aku add dia kat fb pun dia tak approve. eleh macam lah aku nk sgt kat dia. haha dah la time tu abg wat profile pic dia tgh pegi mancing. dengan pale botak nye . badan besar lagi. aku pk lau aku kawen ngan dia. macam mana aku nk angkat dia kalau sakit. aku faham ke bahasa dia. tp aku beranikan diri aku pm dia dulu. (ahh malunye, asal aku dulu???haa sebab aku curios sgt betul ke pak uda promote tu.  

aku ckp assalamualaikum abang ben . saya anis , anak buah pak uda .,azhar. ni no brunei anis bla bla bla. kalau free whatsapp anis. hari ni anis g miri dengan company. 

kau tau nape aku pggil dia abang ben? sebab nama fb dia Ben Nokman . mana lah aku tau nama dia ikram bin Nokman. aku sebuk duk paggil dia ben je hahhaa.

dia tanya 'seriusly anis tak tahu nama abg siapa. '

hahahaha bile pk pk balik. kelaka gile. n then bermula lah kenal kenalan. tp macam suam2 kuku je. kadang whatsapp kadang tak . bile boring je cari. kadang tu lame jugak dlam 2 bulan diam. tak contact, aku pun time tuh tak taruh harapan pape lah. cuma ada lah kat tempat kerja aku tu orang gosip2 kan aku ngn orang sugar bun, alaaa kan aku ckp bnyak ular dlm mimpi aku tuh kan. hahahaha 

pertama kali jumpa abang. CERITA PEDAL AYAM & KANGKUNG

DAh 2 minggu aku rancak whatsapp2 dengan abang. kadang saling bertukar voice msg, aku suruh dia check bacaan ayat alquran aku, yelah kata tahfiz en. haha surah al a'la. dah kawen ni baru dia bgtau dia yakin aku orgnya, sebab bacaan aku baik dan merdu. meleleh dia nangis dengar suara aku. bersyukur allah pertemukan aku dengan dia. abg ni sebenanye takut gile nk jumpe aku. tak konfident, bnyak kali aku ajak dia keluar g makan. 2 kali dia taknak.cis! elehh juai mahai lettew. 
dia kata dia jalan perlahan ... aku ckp lah laaa bukan nye anis suruh berlari. haha masa tuh aku tak tau abg sakit. fizikal dia. tak tau. gambar separuh badan je. hahaha

nk dijadikan cerita, satu hari aku tertinggal pedal ayam dengan kangkung dekat tempat kerja aku pasaraya manggis. padahal aku dah smpai staff house. dah la aku off day esok. aku budget leh masak lah pedal ngan kangkung masak nasi layan movie sampai ke malm. tu je lah cara nk enjoy hidup kat sini. merantau. perkerja warga asing lah katakan. kebetulan dia dekat pasaraya manggis. so abang pun offer lah abg bleh ambil pedal kangkung tuh n hntarkan kat aku kat staff house ni. Berdebar, tp aku setuju. hehehehe malu2 kucing. yelah selama ni aku ajak jumpe asyik tolak je, ni jelah peluangnya. so saat azan magrib berkumandang tuh dengan bju sugar bun nyaa aku  jumpa dia bawah staff house rumah. sekejap je. ambil kangkung ckap thanks. senyum n ckp sorry dah magrib nk cepat naik. hahaha belagak betul.padahal malu. so first date kami kuar dinner mkan restaurant india. Nadj Restaurant. sebb aku teringin sangt nk mkn Roti Telur Bawang. aku rindu kedai mamak malaysia. n kali kedua abg ajak datg rumah dia kenduri katry nk balik new zealand. habis satu keluarga kenal. masa tu maklong abg ..dh risik2 aku. nk tak kat abang ni. hheheh tanya aku ada pakwe ke tak. masa tuh aku mampu senyum je. 


gambar first time date kat Nadj Restaurant. account ig ni dah kena hacked. curi gambar situ je lah.
muka malu2 kucing lagi. hehe 





sampai lah satu hari. masa tu aku handle birthday party kat sugar bun . non stop pg sampai ke malam. ada break 2 jam. Mama msg ckp ada benda penting nk bincang. aku pun call la. mama ckap mama nk kahwin. ni bukan minta izin tau. ni bgtau je. tanpa sedar aku menangis dalam diam.aku tutp telefon aku menangis sepuasnya.  berat hati aku. serta merta aku ingat arwah abah. masa tuh aku terlampau sedih. 2 minggu aku down. aku betul2 sayangkan arwah abah. sampai aku tnya mama nanti kat syurga siapa nk teman abah ma. hubungan aku dan mama agak dingin masa tuh. aku nekad malam tuh aku nk call abg pegawai ugama tuh, dia ketua jabatan bidang kaunseling dan keluarga kat kementerian pertahanan tuh. mmg sesuai sgt lah aku mengadu kat dia. aku ckp aku nk memberontak. 


tp abg jawab aku tak huntung ape pun kalau aku memberontak. jangan jdi anak derhaka. malam tuh kami borak panjang sampai lah abg berjaya buat aku akur dan redha yg dah tersurat jodoh mama buat kali ke dua. tp sejuk aku tak lama. marah aku kian memuncak bila mama call buat kali kedua. dia nk menikah sekian tarikh. aku tak yah balik. anak2 semua tak payah datg tgk mama menikah. anak2 cikpa (ayah tiri ) aku pun tak hadir. diorng menikah di pejabat agama sahaja since dua2 berkahwin untuk kali ke dua. cikpa tu aku kenal da lame. jiran belakang rumah tok., dulu kecik2 aku selalu raya rumah dia. isteri dia pandai masak lontong. isteri dia meninggal 2 tahun lepas abah meninggal. tp aku sedikit marah dan tak setuju bila dia nk kawen ngn mama aku tp tk bg aku dtg. full stop. im so stressed. menganis bgai nk rak. takde mood nk keje. muka aku sembap. sedih.  again aku mengadu 
kat abang. abang cakap. mungkin mama dan cikpa nk jaga hati kami. nnti sedih tgk diaorng menikah. 




so tak disangka. mama dah nk menikah aku d brunei. kerja cm biasa.. dalam tgh abg pujuk2 aku jgn bersedih pasal mama ..... 

abg ckp macm ni.... 


''dah la anis... jgn la sedih lagi.. jum kahwin. " terdiam aku. ape nih. ajak aku kawen macam ajk aku g makan roti canai telur bwang je. dah la tk bercinta tak ape. infacts. masa tu baru dua kali je aku jumpa dia. 

aku juai mahai sikit lah. abg buat lah istikharah dulu. abg yakin ke anis orgnya. 


muka lepas kena lamar haha 




besok nya. hari mama menikah..... aku murung , sedih. kuciwa masih. tp mama dah jadi isteri orang. aku dah dapat ayah baru. 

. abang datang petang tuh pukul 6 ptg.aku breaktime.  bawa dua air starbucks. soy green tea frapucinno feveret aku. kami jumpa kat parking tepi lif .  dalam kereta je sembang.  

tgah minum2 enjoy green tea aku tuh tersangat lah lega nya dapat minum air feveret saat hati berduka cam gituh. abg buka mulut . 

'so anis suruh abg istikharah tuh, maksudnya anis setuju lah ni " .... merah padam. ahh dem! 

 Ye lah kalau anis taknak .. takkan lah anis layan abang  baik cm ni. Checkmate!


Maka bermulah la episod kami. Anis dan tuan Anas. masa tuh pulak tgh hot cerita ISTERI TUAN ANAS . Satu nama baru yng aku cipta untuk dia  . sebab aku tak suka nama ikram tuh. memula. ada krisis dengan ex staff sugar bun nama ikram jugak hehe. 


Sebelum semua orang kencing manis bacer blog aku nih, baik aku stop takat ni je. bersemut dah hp korang tuh. hahaha well i hope everyone is happy with this story today. maka terjawab lah semua persoalan korang kan.  

Anis tak mintak banyak . Doakan anis dan abg bercinta hingga ke syurga. Anis pun doakan anda2 semua yang bace blog ni berbahagia dengan pasangan masing2 hingga ke syurga. btw sebelum terlupa. malam sebelum anis nekad mengadu call kat abang tu. malam tuh anis menangis sungguh2 dalam sujud . anis merayu ya allah kurniakan seseorang untuk mengisi hatiku bagi ku menghadapi kesdihan ini . Tak sangka allah bg abg. jd kesimpulan nya , Allah tu maha mendengar dan maha mengasihani. Minta lah. Nnti Allah bagi. Untuk yang belum bertemu pasngan syurga nya. minta lah doa lah merayu lah, kerana Sesungguhnya Allah maha pemurah, maha penyayang maha mendengar dan mengasihani pada hamba2 nya. 


Assalamualikum semua. Babai. 

 2 jam anis lepak sini cerita kt blog ni pasal entry hari ni
 tp pedehal ada ice kacang strawberry ni . Bersemangat anis berblogging. Lagipun pak ngah eksited nk bace blog anis kena la semngat sikit. heheheheh kan amie. kan fuad. byeeee










Wednesday, March 22, 2017

entry ni untuk kau weh.

hai weh. ye kau lah, aku doh gtau dah kang entry ni untuk mung., hehe Walaupun kita jauh, tak contact tp doa aku sentiasa untuk kau. Arini aku buat khas entry ni untuk kau. untuk kau duduk sekejap . berfikir merenung apa yang kau nak. so take a deep breath , fahami betul betul ape yang aku nk share dekat kau nih. Di saat
mengejar keperluan kehendak dan desakan hidup  . Allah beri apa yang kau mahu bila tiba saat nya.

Kita semua manusia . mudah lupa alpa lalai dengan dia. Asyik dengan dunia sampai lupa tanggungjawab kita sebagai  hamba yang sebenarnya. Kan allah s.w,t tu Maha pemurah. tp kita lupa untuk meminta. Untuk mengadu dengan dia. Minggu lepas aku terbaca satu cerita yang kena foward kat whatsapp ni..... dalam seharian ni. Pekerjaan kita yang utama adalah solat. sementara kerja kerja lain nih yang kau buat 8 to 5 or 6pm to 2 am tu sebenanya sampingan je yang kau buat sementara nk isi kekosongan masa nk tunggu waktu solat. Masa aku baca tu sentap kejap weh. Kan best kalau kita ni boleh rasa eksited nk jumpa DIA  nk mengadu dengan dia . tak lama pun. tp kerap jumpa. Sedangkan allah sentiasa menunggu kita nk mendengar keluhan kita,

Aku pun lemah weh. Ada masa aku rasa tak sempat. Hujung2 waktu baru aku solat. Ada satu hari dalam aku tertidur lepas zohor. dah makan kenyang baik punye , Aku set alarm nk solat 3,30 . kt brunei ni asar 3,42 . tp kau bygkan 3,15 aku terjaga . aku tertidur. lg 2 minit, aku terjaga lg 3,17 aku asyik risau terlepas waktu zohor. tp kau bayangkan aku leh tertidur lg pastuh sampai 3.45.mmg terlepas jugak zohor aku.,
Dalam mimpi tu aku mimpi bersambung2 walaupun dlm dua minit tu. Situasinya aku atas katil tu jugak. tp datang satu lelaki tak kenal jerkah depan muka aku macm ni ,

"KAU NI,,,SEBENARNYE KALAU KAU NK SOLAT, KAU BOLEH JE SOLAT SEKRG,TP KAU TU TANAK SEBENARNYE. TU KAU LAMBAT2 BIA TERLEPAS WAKTU PUAS LAH HATI KAU KAN. "  and then aku rasa cm kepala aku cm kena tujal 3 kali betul2 padahal aku leh rasa time tu aku mimpi. SEDAR2 lepas tuh 5.45pm baru aku bangun solat asar.


blur kejap aku kena marah dlm mimpi cm tuh. Aku rasa tersentak. Malu dengan Allah. Malu dengan diri aku sendiri. Mungkin Allah nk bg peringatan kat aku kot. Mulai hari tuh. Aku cuba tanak lewat2kan solat. Rasa panjang je waktu tu bila kau solat awal waktu. tp hari ni mimpi aku ni bukan highlight nye . Aku nk share dengan kau pasal ilmu yang aku dapat masa pergi seminar Funnel Evo arituh.

Alaa business seminar yang aku g kt kl arituh. Kau tau la . semua yang hadir masa tu ada business masing2. Semua fikir money sales...marketing income. tp dalam banyak2 slot tu. sebelum kami break asar tak sangka Tuan Fahdi Ghazali ada satu slot yang buat kami terdiam seketika. Bermuhasabah diri dengan semua nikmat yang allah bg.

Ok . Mula2 tu dia suruh kami salin ayat ni.

REZEKI TAK LAMBAT TAK CEPAT. 
REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT. 
BUAT APA ALAH SUKA, ALLAH BG APA KITA SUKA . 
SUSAH SUSAHKAN DIRI TINGGALKAN APA ALLAH BENCI NESCAYA MUDAH2 SAHAJA ALLAH KABULKAN HAJAT DI HATI.

n then tetibe tuh dia kuarkan note seringgit. dia kata siapa kat sini yang nak  tukarkan duit ringgit ni dengan sepuluh sen ,

so time tu ada dua orang kakak ni yang naik pentas , tp kakak pertama tu yang dpat. yg kedua tu cm frust la. dia turun balik.

pastu tuan fahdi bawak keluar note 10 ringgit plak. sama juga dia offer sape yg nk tukarkan duit tuh dengan sepuluh sen. so time ni akak yang frust td cecepat naik pentas dpat lah dia tukar 10 hengget tu.

kali ketiga tua fahdi buat lg benda yang sama . kalai ni note 50 hengget. Dapat lah pulak kat akak yang ketiga, tp dia free hair. tp dia duduk seat belakang2 sikit. masa memula tu yelah semua orang fikir. alaa yang duduk depan je lah boleh. yg belakang ni mana nk dpt.kau bayang kan satu dewan tuh time tuh penuh 800 peserta.


time ni baru lah tuan fahdi buka mulut tnya semua yg dpat duit tadi . apa kebaikan or amalan yng diorg dah buat sampai allah pilih diaorg dpat rezeki hari ni.

kakak yang pertama tu . dia kata . mungkin lah sebab dia selalu sedekah dekat masjid berape2 je yng dia ada dlm poket, tanpa tgk pun berapa nilai yang dia ada. Tuan Fahdi ulas allah da janji setiap satu kebaikan yang kita buat allah bayar lebih 10 kali dari tu. so akak ni ada 9 ringgit lagi allah boleh bayar. hehehe then apa salah nya kalau kita mengomel macm ni setiap kali kita buat sumthin" allah...janji tau ..byar balik bergande2 yg saya sedekah ni'.. sambil senyum mengomel ckp sensorang. yakin dengan rezeki allah. insyallah lapang pale hotak kita ni.

kakak yg kedua tu dia ckp hari ni dia dpt solat awal waktu. selalu uruskan anak pe semua. selalu lewat. alhamdulilah hari ni  , time seminar tu jadual pack. dia plan nk solat on time. tak sangka allah bayar cash. bayang kan weh . sebenarnye akak tu sipi sipi lagi rezeki dia nk dapat seringgit je. tp allah frust kan dia kali pertama . rupa rupanya allah nk bg 10 ringgit kat dia. sebak masa tuh jagn ckp lah. semua sayu je berfikir. akak tu pun cm nangis la. ahh dem . time tu aku betul2 berfikir. rezki tak lambat . tak cepat weh. on time.

kakak yang ketiga dia mmg tgh susah. dia jaga mak dia sakit dah lama . duit bnyk habis beli ubat. tp dia kata kat mak dia . takpe mak. adik redha. adik boleh jaga mak. tak sangka hari ni allah bg dia 50 ringgit dri 10 sen yang dia ada, dia kata mmg dia free hair. tp dia cuba berubah perlahan. doakan dia.
pun sebak jugak time tu weh. ahh menangis aku. time aku tgk ramai yang kesat air mata. termasuk lah aku .kakak sebelah aku. suami aku. heh. SEE.,allah bg rezeki dia tak sangka2. Dan rezeki tu tak salah alamat. Mmg dari awal lagi. duit 50 yg kat tuan fahdi tuh untuk akak tu allah dah tentukan, wlaupun dalm beg duit tuan fahdi.


Sebab tu bila kau tergerak hati nk sedekah kau yakin dengan ganjaran yang allah nk ganti. Klau kau tak kaya raya pun. Allah lindung kau dri kena rompak. eksiden. allah bg kau berlapang dada. bahagia.

well as my part , aku kenang2 balik semua rezki yang allah bg. semua kesedihan yang aku lalui. dah banyak yang aku tempuh. Dan alhamdulilah aku  semakin matang . semakin aku boleh berdikari . bg aku rezki yang paling aku tak sangka tak lambat tak cepat. bila allah anugerahkan suami untuk aku. Jauh pulak tuh. Kt brunei ni haa. kau bygkan lau aku tak dtg kerja interview sini. tak susah payah kerja as perantau kt sini. Bila la agaknya jodoh aku tuh nk sampai. hehe. As for abang. Allah lebih tahu yg terbaik untuk dia. Walaupun di usia 36 baru dia dapat beristeri . Akulahkan. tp allah buka hati aku untuk terima seadanya dia kerana allah. Allah gantikan kesedihan aku masa tu pasal mak aku ada jodoh lg which is aku dah redha sangat sekrg ni ada orng yang sayang jaga mak aku baik2.n aku pun ada org jaga org sayng.  see rezeki tak salah alamat. Tak penah terpikir pun aku nk kawen grand2 kat convention centre, kat brunei plak tuh. dulu kahwen pk yg bajet2 je. kalau boleh kenduri kat masjid lepas nikah. air mineral nasi lemak bungkus je, heheheheheeheh


Lepas ni aku nk kau pulak fikir. ape rezeki yang allah dah bg kat kau. yang kau tak sangka2 ., tk salah alamat. tak lambat , tak cepat. well. aku selalu apply benda ni bila org tanya aku dah mengandung ke belum. Aku yakin pada rezeki allah.



same goes for u. Fuad. jgn bersedih. jgn stress, Jaga hubungan kau dengan allah. Aku yakin allah jaga kau.,


hhehe by the way lepas bincang dengan abg anas semalm. abg anas suggest suruh kau ikut seminar funnel evo seterusnya,  walau pun kau tak de business lg abg yakin kau boleh gain sumthin kat situ lg2 kau celik it, kt situ semua online marketing ada, n yng aku boleh terpk business untuk kau is jual domain name . or jd website developer. kau create website org cantik2. kitorg kena suruh buat website sendiri, advertisement blog sendiri. macam2 lah. aku rasa kalau lepas habis practical ni kau taktau buat apa better kau join sminr ni. tak mahal sgt pun dalam rm35 seornang. kalau kau awal. kalau lambat 90rm. better kau g follow fb tuan fahdi. fbpage:Fahdi Ghazali kau google je la. website pun ada. utube pun ada. insyallah bermanfaat untuk kau. tak payah dah kau meniaga siang ke malm.


so aku doakan  semoga entry ni bermanfaat untuk kau. aku. semua orng. Assalamualaikum . babai.