my imam my everything

my imam my everything
lead me to jannah love

Monday, December 17, 2018

Bila duduk sendiri rasa cm baru kawen . haha panjang title aku.

First time masa datang melawat tgk rumah ni to be honest.Aku cakap  ngan abg ..ermm tanaklah. Takutnya i kena duduk sorang2 tepi hutan pulak tuh..gelapnya... seremmm tak. Dengan bushes besar sepanjang jalan.Dan aku pun jalani hidup mcm biasa  dan setahun pun berlalu. Masih mencari rumah2 style lain. Is not even our house. rumah yg kerajaan bg sebb abg keje MINDEF. 



ONE YEAR pun berlalu. 14 mac 2018. 
Rumah tu masih kosong. 

One day. this is it, Allah takdirkan n mudahkan "haa boleh, petg ni pun dah boleh pindah." so petg tu askar2 bersihkan semak samun n semua pokok yg tak perlu depan rumah. turns out sangat cerah bersih tenang. Tak takut dah weh. asal lah tak pindah awal lagi lau tak setahun dah susuk situ. hahaha 

Rumah ni kecil je. setingkat je. 3 bilik tidur 2 toilet. ruang tamu kecil ruang tamu besar ada dapur. Takde perabot, kosong sekosongnya. ( jiran sebelah minta maaf sebb ambil gov furniture dlm rumah ni sebb diorng mohon lambt sangat nk dapat so since one year tak de orng duduk diorng ambil lah ). But is okay. asal dapat di diami dah la kan. Not so bad what, tepi surau mengadap laut.. 
cumenyeee......


dah macam2 binatang aku jumpa since duduk sini. Biawak. Normal , monyet dah macm pelawat asrama hujung minggu , kdang kalau diorng happy ada juga diorng buat happy dance atas bumbung tu,lagi2 ada pokok kendondong belakang rumah. meriahla diorng cicah sambal hitam rojak petang2.haha yang halal burung hutan. hado  yang tak halal babi hutan pun hado, bukan jenis kaler soft2 pink pastel tu tau. tapi kaler hitam . Last time jumpa 4 beranak , pastu ada dengar2 dua askar dah tembak. ada dua lagi lah cter dia.n yang paling banyak aku jumpa cicak hutan tapi dalam rumah weh. since rumah ni pintu kayu dia sliding berjimba lah dia keluar masuk sebb tu pintu tuh cm renggang lah, anytime ape2 pun boleh sneek in oh my nauzzubillah minta jauh. aku panggil dia si cik ni kan . dah macam2 jadi da. kadang tu sampai aku menangis takut sangat nak masak takut, nak mandi takut. Kau ingat aku leh fokus lau aku tau dia ada kat situ. Pernah satu hari aku call abg nangis2 bang camne i nk masak.... i nampak ekor dia bawah tambak dapur weh. Tapi tak masak ...karang lapar lunch karang abang nak makan apa.... aku kacau tomyam aku takut2 weh sambil tuh jeling2 la kut2 dia nak rasa tomyam aku ke an. eeeeee gelinya. segala jenis saiz bapa mak jiran anak cucu dia aku dah jumpa. si cik tu lain tau bentuk dia. badan dia belang2 , bunyi kuat giler. tp mostly yang aku tau kat mana abang lah hero aku dia akan cari sampai dapat dah mati tunjuk buti kat aku. dan aku pun tersenyum kembali. 

boleh ke satu hari tu .. masa dekat pasar aku baru nak masuk kereta dia boleh melintas antara pintu . Aku dah la pakai kain. kuat giler aku jerit semua orng pandang. apekehal lah minah ni. pastu abg block jalan , nak taknak aku kena masuk ignore bende tuh.aku tau dia still ada kat tepi celah pintu tu...sepanjang jalan aku pegang kain aku kuat2 kaki aku dah naik atas aku menangis macm orng gila. abang kata jgn nangis lah yang buruk muka you . dia gelakkan aku sampai kedai nk beli kotak untuk rolls. besar gile weh , kaler hitam. Asal weh dlm bnyak2 tempat mesti kat kereta. abg jatuhkan dia pakai payung tp aku cm helehhh yeke jatuh tu wehhhhh . Aku ckap kat abg lau aku tgh drive ada benda nih kat cermin aku dah accident dah ni. macam tu lah aku takut giler dengan benda tu. aku fobia. Masa zman sekolah ada kawan aku dia pakai tudung hitam tp aku pelik asal tudung dia cm ada benjol atas kepala dia, aku tnya lah weh amende tu. pegang2 lembik lak, dah satu hal dia tarik tudung dia dan terjatuh lah si cik tu atas lantai. dia duduk dlam lipatan tudung weh,, ya allah gelinya. sejak tu. aku mmg tk minat lah .


weh asal jauh sangat aku melalut nih. haha . Ada kandang kuda askar tau kt dlm kem ni. tepi laut. mmg cntik tempat dia. masa sepupu aku dtg ngn family anak2 dia pun aku bwa jalan sana. rezki pulak otw nak pegi tu dua biawak melintas. monyet ada. flamingo ada. haha senang keje aku tak yah bawak g zoo weh. haha. Lama kelamaan aku dah boleh biasakan diri ngan rumah ni. perlahan perlahan aku ngan abg try lengkapkan rumah ni. Doakan kami semoga semuanya di permudahkan.  okaylah setakat tu je lah cerita petang ni sambil layan kopi vietnam husna bagi dengan biskut kawen mizah. i just believe setiap yang berlaku ada hikmahnya. insyallah if dah helok sikit nanti rumah ni boleh lah ajak ain n the siblings datang lepak2 main game kt sini enn.. takpun chill dengan izzah n dee sambil makan vietnamese roll ke. en ?haha (since diorng baru bace blog nih) haha  tak lah boring sangat. ye lah belum ada baby lagi. tak busy pun hidup ni. hah jangan tanya aku tanak baby ke ? kalau boleh petg ni jugak aku nk beranak. haha k korang. till next post. mood berahi nk menaip dtg tetibe layan je lah kan.nah gmbar masa baru2 duduk umah ni. 
bilik tetamu atau bilik abang lepak2 main fon. me time lah konon haha



hahaha simple giler en. meja mkan ke nih? haha tak official lah

bilik tidur pun gmbar simple2 je lah dah helok nanti blog baru lah 

tgah pk2 ruang tamu  ni nak kaler camner. minggu ni asyik buka impiana ikea acah2 sangat tau. haha k bubyeeee

No comments:

Post a Comment